Wednesday, February 23, 2011

kasih sayang

salam.sounds controversial but love never can be separated in human's life.it is an undeniable fact that love can bring extreme impact to each and everyone of us.

okey.ni nk cite tentang kasih syg antara binatang dgn anaknya.dekat surau as saad ni, ade la seekor kucing comel sgt2.wanrna oren.malangnya kucing tersebut buta kedua-dua matanya.kucing ni kecik lagi.most probably baru few months.korang bayangkan macam mana kucing yg buta ni nk survive.kesian kn?kalo orang buta, bolehla guna tongkat,tapi kucing tak nmpak,kalau masuk longkang macam mana.

mula2 aku kasi la kucing ni makan keropok sbb tu je yang ada kt tangan aku masa 1st time aku jumpe kucing tu.tp..kucing ni,sikit punye kerek, dy tak sentuh pun keropok tu.haih!aku dah risau kot2 kucing ni kebulur ke ape.tiba,tengah aku pujuk kucing tu makan, mama kucing tu datang.ya Allah besarnya kasih sayang mama kucing dkt oren.anak kucing tu sihat walafiat even buta.mak kucing tu mampu jaga anak dy yg buta sampai anak kucing tu besar,besarnya kasih sayang seekor mama kucing kepada anaknya.agaknye,org yg buang baby yg tak cacat @buta cm anak kucing tu, mmg dah tak da lgsg sifat perikemanusiaan mahupun sifat kebinatangan..binatang pun syg anak dy yg buta .

tadi jumpe lagi kucing tu.kan dy tak nampak aku,tp dy boleh sense ade makhluk selain mamanya kat situ.aku senyap je sbb nk tgk cmne kucing tu survive and manja2 ngn mama dy.korang tau,even kucing tu buta,tapi dy still ade intention nk bergurau dengan mama dy.mak dy layan je anak dy main ekor dy.mase tu mmg rasa nk nangis sgt2 sbb touching ahh tengok kucing buta yg still boleh enjoy2 and hepi even dy tak pernah berpeluang tgk dunia dy.(tp kita,ade bencana sikit dah down.kucing pon tabah wei.malunye...)

aku stare je kt kucing tu.aku test goyang2 rumput.amazingly,kucing tu boleh sense yg rumput tu move and kucing tu bergerak2 macam nk tangkap rumput tu.kucing tu buta tp boleh nk bermain .sumpah mase tu sgt meruntun jiwa.korg bygkan ahh,dalam tak nampak pun kucing tu boleh nk berdiri main2 mcm kucing2 seusia dgnnya.entahla.aku masih berfikir tntg hikmah peristiwa tadi.masih belum menemui hikmahnya,tapi hati aku sgt tersentuh dgn kucing buta yg boleh sense movement and try to chase after my nails to play with me :)haha(aku agak oversensitif bab2 kucing.teringat oteh ngn tam kt umah)

Tuesday, February 22, 2011

fatir

salam :) hari ni sy rasa allah sgt2 super duper syg saya.thnks ya allah.hari ni ada talk mr.zaidi ,dah 3 sem duduk sini,if mr.zaidi datang, selalunya saya tidur je kt atas.tak pun buat ketupat,bergosip kt atas.tapi entah mengapa hari ni rasa rajin je nk dengar.mula2 sy igt tafsir Al quran saya tertinggal kt bilik,tp bila bukak beg,nmpak tafsir ada.so sy pun meringankan kaki walaupun badan ini gemuk dan berat turun ke bawah.~ini intro je.hehehe

sila rujuk surah fatir; surah ke 35 (b4 surah yasin)
35:3 ~ wahai manusia !ingatlah akan nikmat Allah kepadamu.Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?Tidak ada tuhan selain Dia; maka mengapa kamu berpaling dari ketauhidan.
 dush!sedebuk kene kt diri sendri.ni ayat yg mula2 mr zaidi cakap.Allah seru kita,bayangkan Allah sebut, wahai NABILAH!ko tak igt ke aku (Allah) byk sgt dah bg nikmat kt engkau? kenapa kau tak pernah nk sedar atau bersyukur.kalau nk hitung,dari pagi sampai malam,dari kecik sampai besar, mcm2 Allah bagi.Allah bagi badan sihat, Allah bagi family yg best, Allah bg kwn2 yg syg aku,Allah bagi otak, Allah bg mcm2 and everything yang Allah bagi is for FREE?tp kau,tak pernah nk bersyukur.kejap2 rasa down sebab markah test tak hebat cm orang lain.tp kau sedar tak?at least ko dapat peluang nk fly.Allah uji sikit nangis,rasa down.yang Allah bg byk2 tu tak sedar pulak!dah lah tu Allah suruh ko tegakkan agama dia,ko buat tak tau je.dah la tak semua perintah Dia ko ikut."maka mengapa kamu berpaling dari ketauhidan".

35:18~Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.Dan jika seseorang tang dibebani berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul bebannya itu, tidak akan dipikulkan sedikitpun ,meskipun (yang dipanggil itu) kaum kerabatnya sendiri.Sesungguhnya yang dapat engkau beri peringatan hanya orang2 yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak dapat melihatnya dan mereka melaksanakan solat.Dan barang siapa menyucikan dirinya, sesungguhnya dia menyucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri.Dan kepada Allah -lah tempat kembali.

ni Allah tegur lagi, Allah kata,kalau kau yang buat dosa, kaulah yg tanggung.even mak ko syg ko sgt2 pon,dosa kau kau tanggung.Allah dah habis baik dah kt aku.lahir2 je terus Islam.mcm2 Allah bagi.tp tak malu ke aku ni,Islam aku tak pernah berkembang mengikut usia.sama je.mase kecik solat.mase besar solat mcm tu jugak.kdg2 mase kecik lagi bagus sbb at least dulu hari2 mengaji kt rumah ustazah.paling koman hafal jugak surah setiap minggu sbb ade kafa.bila dah besar, nak mengaji tiap hari pun sakit.hafal surah apetah lagi.teruknya la islam aku sbb islam aku masa kecik lagi bgus dari islam aku bila dah besar.haa,dan dalam ayat ni Allah tegur direct je,amalan ko,dosa engkau,sume ko tanggung sendiri.pandai2 lah ko jawap nanti kalo Allah tanya kenapa amalan masa kecik ko lagi bagus drpd amalan masa besar kau.

lepas Allah sound aku,Allah pujuk balik."Sesungguhnya yang dapat engkau beri peringatan hanya orang2 yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak dapat melihatnya dan mereka melaksanakan solat"Allah macam cakap,"nabilah, ni aku dah beri peringatan kat kau.maksudnya,aku syg kau.kau masih tergolong dalam golongan yg takut kpd azab tuhannya.jgn risau.berubahlah"(ni aku bygkan Allah ckp kt aku lepas aku dah kene sound, Allah pujuk semula.)

"Dan barang siapa menyucikan dirinya, sesungguhnya dia menyucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri.Dan kepada Allah -lah tempat kembali." ni pun Allah pujuk.Allah remind aku bahawasanya Allah lah tempat aku kembali.Allah sebut pasal solat.Allah highloght, solat tu bukan untuk Allah tp solat tu untuk menyucikan diri aku sendiri.Ya Allah thanks.

35:19~ Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat
35:20~dan tidak pula sama gelap gelita dengan cahaya
35:21~dan tidak pula sama yang teduh dengan yg panas
35:22~dan tidak pula sama orang yang hidup dengan orang yang mati.Sungguh Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang Dia kehendaki dan engkau Muhammad tidak akan sanggup menjadikan orang yang dalam kubur itu mendengar.(orang2 musyrik yang telah mati hatinya)

ni ayat kene pangkah kaw2.tak pasal2 kene compare dgn org buta.teruknya kita kalau ada mata tp sama je cm org buta,teruknya aku dah nmpak islam tu sikit2 tapi still acting cm org jahiliah.takkan sama yg gelap dgn cerah.mestilah lain.jauh sgt bezanya beriman dgn tk beriman.hati yg Allah sentuh dgn hati yg Allah belum sentuh lagi.tak sama teduh dan panas.bygkan pokok yg duduk tempat teduh dan tk dapat matahari lgsg,dgn pokok yg dapat panas(matahari yg ckup2 je),mane lagi subur?ni Allah dah bg ko cahaya,matahari, mata..kalo ko tak nampak lagi.terok sgtlah tu.

yg ayat last mmg tersa gila2.Allah kata,kalo ko tak reti2 lagi nk paham dan nk iktu ajaran dy,dah takde beza ko ngn org mati.woi!Allah kata kita takde beza ngn org mati if kita tak sedar2 lagi.jadi,kita ni same je la cm zombie@mayat hidup.ayoyo!

bagi aku talk malam  ni super duper berbekas dalam hati jiwa aku.ayat2 Allah ni yg Allah sampaikan melalui mr zaidi mmg cukup kena dgn situasi aku.selama ni aku join usrah, hati aku tak pernah tersentuh sampai mcm ni.bkn nk ktuk usarah sbb selama ni mr zaidi byk je bg talk,aku yg tdo.so,Allah maybe nk tunjuk usrah yg aku duk pening2 tu not the only way Allah nk bagi petunjuk.3 sem aku dgr mcm2,malam ni .pop!Allah bagi.2nd,selama ni byk je mr zaidi bg talk.tp tk pernah nk dengar betul2.mgkin selama ni byk je usrah bermanfaat.tp tk menusuk ke hati lagi.so join je la.kita tak tahu bila Allah nk cmpakkan hidayah tu kt kita.amin :)

Sunday, February 20, 2011

fishing

hidup kat kampung mase kecik2 memang gempak la.even if aku tak pernah ade barbie doll @ mainan banyak2 @playstation or whateve,tp life mase kecik tetap best :P

baiklah.hobi masa kecik aku antaranya adalah fishing ikan laga.korang tau,ikan laga ni ikan yg sgt cun.ekor kembang,warna lawa.kalo dpt yg warna biru tu mmg gempak habis la.sbb ikan ni agak susah nk tgkap dengan kepakaran kanak2.tp sekarang dah byk jual ikan laga ni kt pasar malam.murah je,dua ringgit sekor.

okey.berbalik kpd fishing.masa kecik2,aku ni perempuan yg sgt tomboy.geng2 lumba basikal aku sume lelaki.geng tangkap ikan pon laki.so aku follow ahh dyorg sume masuk hutan parit paya dan sebagainya.balik kne balun ngn mak tu lain hal.yg penting kepuasan dalam zaman kanak2.haha

so aku ikot dyorg pergi memancing.budak2 laki ni sume apparatus dyorg lengkap.ade jaring joran dan segala macam alat tangkap ikan.aku mana ada.jala ikan abah ade la.takk kan guna jala tgkap ikat laga.merepek gila.

otakku ligat berfikir.akhirnya keluarlah idea bernas.yes!itulah yang kami cari.TAPIS SANTAN EMAK!hehe.sape tak kenal tapis santan sila gogle.sape yg kenal,aku guna tapis santan untuk tgkap ikan.sbb tu je barang yg available kt dapur mak.hehe.kreatif jugak aku mase kecik dulu

kuih koci

pagi tadi mase nak naik bas from kuantan to kl, singgah kt pasar tani.beli la kuih koci.tiba2 mak gelak.dengan blurrnya si anak bertanya:

anak :kenapa mak gelak.lawak ke kuih koci ni mak?

mak: hehehe.memang la lawak.awak dah lupa ke?

anak: lupa apa mak?

mak: dulu mak masak kuih koci ni.mase awak kecik.

anak:(buat muka blurr sebab mak jarang masak).mak reti ke masak kuih koci?kagumnya.

mak:mesti la.mak expert la masak kuih.dulu mase kecik2 awak suka sangat makan kuih koci.mak pun masak.tapi entah macam mana,kuih tu lembik sangat.awak datang dekat mak,tnya macam mana nk makan sebab kuih tu sgt lembik.pastu mak pun jawap, kuih koci ni kena tarik dengan gigi.

anak:tarik ngn gigi?maksudnya kakak dulu makan kuih koci tarik kuih tu dari daun pisang guna gigi instead of tangan?malunya....

mak:yela :D mak la yang ajar makan kluih tu macam tu.takkan mak nk mengaku mak punye adunan ada silap.hehe.so awak pun makan je la macam yang mak ajar tu.

anak:jadi tadi mak expect akak akan tarik kuih koci ni dari daun pisang guna gigi lah ye.patut la gelak guling2 tadi.grrrrrr

pengajaran:menjadi seorg ibu perlulah kreatif untuk mencover masakan yg tak menjadi di hadapan anak2

Wednesday, February 16, 2011

hakikat bahagia

Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

C/O : 
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki


ps:sy suka lagu ini :D

brownies chocolate yg sgt2 sedap!...tp......

anak :mama2.along nk g clubbing lah mlm ni.boleh?

mama: clubbing?tak elok kan pergi tempat maksiat macam tu.

anak:tapi mama,along bukan teguk arak pun.just along nak lepak ngn kengkawan.tk cool la lepak kedai mamak.

mama:owh.along nk lepak dengan kengkawan haa.biar mak buat kan brownies kegemaran along.boleh makan dgn kwn2 along.

anak:tp mama, along dah lambat ni

mama: takpe2.mama buat kejap je

beberapa minit kemudian, brownies mama sudah hampir siap.baunya sudah meresap ke seluruh rumah (sila bygkan brownies chocolate secret recipe+bau biskut femes emes ).mama lantas keluar dari dapur dan menghulurkan brownies tersebut kepada anaknya.

mama :nah along.kn mama dah ckp, kejap je buat brownies ni.

anak :haha.mama kn super power.mestilah cepat.bau sdap gile la maaa!!!

mama : tp td ade cicak berak dalam adunan brownies ni.tp mase tu, mama dah letak serbuk chocolate.so tak nmpak dah mane taik cicak tu.along nanti pandai2 lah ye.

anak :eeee!yuks!mama ni geli la.tak nk la mkn brownies ni.

haha.alahai along,taik cicak je pun.bau pun tk effect still sedap tp kenapa kita tak nk makan.bkn ape pun,taik cicak tu sikit sgt portion nya dgn doh kek tu.

ha kwn2.tgklah.even ade sedikit kecacatan pd brownies,kite dah geli nak makan.bagaimana pula dgn kecacatan amalan kita?nk ke allah terima kita yg penuh dgn dosa ni kt akhirat nanti?kita taik cicak pun dah berkira.tp rasenye, dosa sepanjang kita dah hidup ni..haih..lebih dari amount taik cicak dalam brownies tu.masyaallah.

sama jugak mcm along td.mmg la dy tak minum arak kt situ,tp, dy boleh terdedah dgn pelbagai bnda2 tak elok.even influence tu tak byk,but still ada.

AMARAN!~untuk renungan bersama.penulis pun masih belum bersih sepenuhnya dari all these bad influences.mari kita cube!~

mentaliti

salam to all readers.today, since the internet of this isolated verdant upland is so fast, i decided to update my blog :)

i want to talk about mentality.i define mentality as how people think @ their very own ideology which then  affect their actions, behavior, and to certain extent, mentality is the most powerful weapon to develop people's personality.~~done with definition.now let us go through this dialog.

mak timah : mak nya siti.dengar kata anak awak dapat straight A.yeke mak siti oi?(nk feel sila bygkan gaya makcik2 bergosip)

mak siti : alhamdulillah.rezeki dia.

mak timah : tak mintak tajaan mana2 ke mak siti?

mak siti : ohh.ada.doa2lah ye.kata siti, dia nk sambung belajar bidang acturial science. nk sambung kat US katenye.

mak timah : apeke pelik sangat bidang anak ko tuh.kenapa siti tak nak jadi doktor?dah dapat semua A,doktor je lah.tak pun, jadilah engineer.kerja kt petronas kaya!

mak siti : entah lah mak timahnya.tau la gamaknya si siti tu ape dia nk buat.dah besau dah budak tu.

mak timah : eh!ye ke engkau ni siti tu dapat semua A?entah2 dy tak layak nk buat doktor.lepas tu ambik la bidang pelik2.haishh.

mak siti : (hanya mampu tersenyum)...dia tahu anaknya siti mmg dapat semua A.biarlah ape yg mak timah nk ckp, mak siti tahu anaknya tahu dan matang untuk menentukan masa depannya.

done with the dialog :) sounds familiar right?bila anak2 dapat result gempak spm, mesti nk jadi doktor@engineer.(cm dalam cerita 3 idiots tu).mari kita reflect, teruk ke course actuarial science sampai siti diragui result spm bile nak ambik course yg bukan medic?masyarakat hanya perlukan doktor ke..dah tak perlukan actuarial scientist untuk insurance policy mereka?namun itulah MENTALITY masyarakat kita.mentality inilah yg sebenarnya memberikan negative impact to the whole society.i'm not downgrading doctors sbb bile sakit cari doktor jugak,namun,kenapa mesti menyalahkan siti yg tidak memilih untuk menjadi doktor?

reflection yg kedua.seramai mana parents yg supportive seperti mak siti?yg menyokong anaknya dalam bidang yg anak mereka sukai?seramai mana parents yg faham bahawa tak semua anak2 mereka memiliki bakat yg berbeza2.mgkin kak long boleh jadi doktor, tp kalau abang ngah boleh jadi professional chef (mgkin mcm chef wan), kenapa nk deny bakat anak2 yg berbeza?

i want to put it in a broader sense.kita kebelakangan ini sering digemparkan dengan tragedi ustaz tidak bermorah,hakim mahkamah syariah makan rasuah dan sebagainya.ayat yg selalu keluar "kalau dah ustaz ustazah pun buat dosa, perangai tak senonoh...apetah lagi kami org yg tak tau agama"

amboi2.sedap je blame ustaz ustazah.tp pernah tak kite fikir, org yg mcm mana kita sponsor untuk belajar agama ke mesir.mentaliti kita masih lagi,yg pandai jadilah doktor, yg biase2 ambiklah bidang agama.jadi,jgn directly blame mereka andai mentaliti kita masih belum berubah.sedar atau tidak, kita masih discriminate occupation.indirectly, we are denying the importance of each type of job to our life.but then, when something bad happened, we blame others instead of our mentality.

never downgrade any jobs.accountant, economists, actuarial scientist, doctors even the cleaner..everyone has their own role in the society.do the best and respect the rest.